"Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tiada
dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih
disukai oleh Allah SWT dari menumpahkan darah (menyembelih korban).
Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya,
bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil
tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka
hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Diriwayatkan Imam Tirmizi dan Al-Hakim)
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Hikmah Ibadah Korban 1: Menghidupkan sunnah nabi Ibrahim as
Hikmah Ibadah Korban 2: Mendekatkan diri kepada ALLAH dan mendidik jiwa
ke arah taqwa yang sahih.
Hikmah Ibadah Korban 3: Menghapus dosa & mengharap redha ALLAH SWT
Hikmah Ibadah Korban 4: Mampu mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati
Hikmah Ibadah Korban 5: Rasullah bersabda “Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”
Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM 250, anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda. Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja.
Harga untuk satu ekor lembu pula adalah RM 1750. Seekor lembu mempunyai tujuh bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.
Sebahagian lembu-lembu yang disediakan untuk program Ibadah korban Cambodia
Lembu jenis KK yang banyak di Cambodia. Nampak agak kecik tetapi sentiasa menjadi pilihan kerana tulang kecil daging banyak! ^_~
Harga untuk satu ekor kambing pula adalah RM 550. Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja.
Jangan Tunggu Lagi, Bertindaklah Sekarang!
"Berserta
anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah
sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Riwayat Tirmizi)
“Seorang
anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh,
dan dicukur serta diberi nama.”
[HR. Ahmad dan Tirmizi] |
Rasulullah
s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk
dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya
dan diaqiqahkannya.”
[HR. Riwayat Tirmizi] |
“Berserta
anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah
sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]
|
Antara perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja
anak anda dilahirkan:
|
“Sesungguhnya anak
itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat
yang wajib disyukuri, bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan
menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari
perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda
kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila
rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.” [Syeikh Dahlawi Rahimullah]